Saturday, January 14, 2012

KUBOTA in HDR



Menggunakan 1 fail RAW/JPEG menghasilkan HDR / Tone Mapping

Gambar ini diproses dengan meng'duplicate' menjadi 3 keping dan kemudian diproses menggunakan Photomatik untuk di'blend' menjadi sekeping.

Caranya ialah dengan duplicate gambar asal tersebut menjadi 3 keping gambar. Drag gambar-gambar tersebut ke dalam Photomatix, semasa tetingkap 'Exposure Value Setting' terpapar, klik pada 'Specify the E.V spacing' dan ambil no. 2 (anda juga boleh menggunakan mana-mana no. dan melihat hasilnya).

Photomatix dengan secara outomatik akan memproses fail-fail tersebut (dengan E.V yang berlainan) kepada 1 fail sahaja. Anda kini boleh melakukan proses Tone Mapping terhadap gambar tersebut.

Setelah di 'save', gambar tersebut di proses sekali lagi di dalam Lightroom dan Photoshop seperti Sharpen, warna, mengurangkan 'noise', Clone Stamp Tool, Dodge/Burn Tool dan Saturation.

No comments:

Post a Comment